Rahim jatuh selalu jadi masalah
kepada mommies yang lepas bersalin. Kadang-kadang, tak berpantang dengan betul
juga boleh mengakibatkan rahim jatuh.
Namun bukan mommies lepas
bersalin je boleh dapat masalah rahim jatuh. Even anak dara pon boleh jika
selalu lakukan aktiviti lasak atau angkat barang berat-berat.
Tahukah anda rahim jatuh adalah
antara punca utama perempuan sukar hamil. Rahim jatuh yang lebih dikenali
sebagai prolapse atau tombong boleh juga berlaku disebabkan kelemahan pada otot
pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam
abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.
SIMPTOM RAHIM JATUH :
1. Sakit ari-ari - bahagian bawah
perut hingga ke pangkal peha.
2. Rasa ada benda yang sedang
bergayut/benda nak terkeluar di kawasan pembukaan faraj.
3. Kerap Kencing / kencing tidak
lawas - mudah jadi kencing kotor, ngilu dan sakit ketika buang air kecil.
4. Sakit ketika berjimak - sukar
melakukan hubungan suami isteri.
5. Sakit pinggang, seperti sakit
melingkar kawasan pinggang tungking dan ari ari.
6. Sakit Tumit - rasa berdenyut dan menyucuk-
nyucuk.
7. Sakit Telapak Kaki - rasa
sengal-sengal dan bisa-bisa urat.
8 . Anggota peha dan betis rasa
kebas-kebas.
9. Sering kentut faraj - keluar
angin.
10. Selalu kembung perut -
berangin.
11. Bahagian bawah sentiasa
basah, berair dan berbau - peranakan menjadi kembang.
Jika mommies mengalami
simptom-simptom di atas, disini terdapat 2 cara untuk mommies kesan rahim
mommies jatuh ke tidak.
CARA KESAN PERANAKAN JATUH :
KEDUDUKAN BARING
Letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, sekiranya
terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda rahim mommies berada di
tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa daripada bahagian bawah pusat
bermakna rahim telah jatuh dan perlu diurut untuk dinaikkan semula.
KEDUDUKAN MENCANGKUNG
Semasa duduk mencangkong cuba masukkan jari ke dalam faraj
dan cuba sentuh objek yang berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli.
Sekiranya mommies dapat mencapainya dengan mudah bermakna rahim mommies sudah
mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh
ambil cermin dan tengok samada ada daging terkeluar.
PENYELESAIAN MASALAH RAHIM JATUH :
1) Berurut /Sengkak Rahim
Sengkak rahim adalah teknik urutan untuk menolak rahim masuk
semula ke tempatnya. Mommies boleh berjumpa bidan yang berkemahiran untuk
sengkak.
2) Teknik Kemutan
Mommies boleh amalkan teknik kemutan. Kemut ni macam kita
nak tahan kencing. Tahan 20saat, lepas... Tahan lagi... lepas... Setiap hari
amalkan 10 minit.
3) Bertungku
Bertungku juga membantu untuk naikkan rahim. Mommies boleh
lihat cara-cara bertungku di entri ini.
4) Bertangas
5) Amalkan Produk Jamu Susuk Dara